10.8.17

IJM Highway Duo Challenge 2017 : Edisi Penuh Sesalan

Event combo yang dianjurkan julung2 kali di mana peserta boleh lari di highway Besraya dan NPE untuk hari berkenaan. Highway ditutup bagi larian ni. Bukan senang nak lari atas highway. Bila penganjurbuat ni tergerak la nak register walaupun duit gaji tgh sipi2. Akibat termakan racun kawan2 register la kedua-dua event sebab dapat diskaun katanya. Akibatnya berpuasalah aku sehingga hujung bulan tu menunggu gaji yang masih jauuhhh perjalanannya.

Kwn aku Yeop membantu untuk collect Racekit so aku tak sure la keadaan masa kat sana. Lokasi pun jauh naw kat Sunway Velocity. Syukur ada yang membantu. Hari event pula bertolak naik kete Tedd dan bersama skali Azran. Malam sebelum event tu kurang tido disebabkan baby meragam kurang sihat. Awal pagi plak memerut tak berapa lancar. So untuk race day ritual aku dah terganggu sket sebab kurang tidur dan pelaburan awal pagi kurang.




Sampai race site di Tol Loke Yew Besraya, nak memerut queue punya lah panjang so bila rasa tak berapa urgent aku pun tak jadi la. Flag off dalam 6.30 pagi so lepas subuh gigih terus beratur ke starting pen. Pujian kepada penganjur sebab sediakan surau yang amat luas dan tempat amik wuduk yang mudah.
Kelakar sket pada starting line di mana ada pentas yang tak mengadap pelari so bila ada instructor buat warm up takde sama yang nampak. Macam dia syok sendiri la...tapi xpa yang penting payment jalan. Haha.



Flag off tepat jam 6.30. Masa tu Yeap, Tedd, Azran, Barb dan aku konon2 nak lari sama. Tapi rupanya itu dusta. KM ke dua semua dah pecut. Aku dapat folo Yeop dan Azran dalam 2km je sebelum kene cicior

Tedd potong aku dalam KM ke 4 pastu lari la sama kejap mungkin sebab terpaksa pastu harem kene cicior lagi.

So lari la solo dalam keadaan mental down. Dari starting lagi aku rasa amat tak kena dengan larian ni. Permulaan awal agak berbukit, masa tu bleh tekan lagi cuma bila KM ke 2 tu aku rasa macam loss of power. Every stride macam xde power. In the end aku rasa aku start bonk pada KM ke 5. Kaki pun dah lemah. Masa tu pun semua dah potong so mental pun koyak gak. Aku layankan aje la lari ikut larat.


Since ini adala highway so ada tiga tempat yang runners kene u turn. Semua u turn adalah keadaan naik bukit, yang last u - turn terlalu tinggi bagi aku. So aku jalan je. Habis je bukit tu, Barb plak potong aku. Mental sungguh. Aku hanya bersemangat balik lepas garmin tunjuk aku ada lagi 1 km nak ke finishing line. 
Pada masa tu baru la aku lari all the way. Hajat nak sampai awal dengan harapan boleh terus ke toilet sebab along the way pun ada feel nak terberon. Nak ke finishing pun naik bukit juga tapi syukur la manage to soldier on sebab banyak photographer. Kang kantoi jalan kaki.



Timing bagi aku amat teruk di mana aku habiskan 13km dalam 1 jam 41 mint 5 saat. Should do much better dengan amount of mileage aku put up a week before that. After race recovery aku lari terus. Whole body ache dan rasa lemau habis. Rasa nak tido sepanjang hari. Aku recover better lepas lari Mens Health Womens Health Night Run walaupun 21km. Habis lari tak penat dan a day after pun aku rasa ok je.





Aku pun tak tau mana silapnya untuk lari kali ni. Quite demotivated juga bila difikirkan balik. Cuma aku jadikan sebagai pengajaran la untuk race akan datang. Isteri aku kata could be aku kurang tido malam tu. The end aku blame mental aku tak cukup kuat untuk lari masa tu. Bila kau tak in the right state of mind, perkara mudah atau perkara yang kau buat setiap hari pun jadi susah.
Lesson learnt.




No comments: