30.5.16

Lexicon Cyberjaya Duathlon 2016 : Gagal

Event ni amat menarik minat aku semasa mula- mula pendaftaran dibuka. Pertama adalah disebabkan oleh tarikan di bike course yang menyajikan laluan offroad berbanding road seperti biasa. Keduanya fee juga murah berbanding event duathlon yang lain. Ketiga lokasi di Cyberjaya yang dekat memudahkan dan amat kos efektif.

Walaubagaimanapun penganjur event ni ada history yang kurang baik. Pada tahun lepas ada Cyberjaya Jamboree yang dianjurkan oleh penganjur sama dan berlaku situasi di mana ada rider tersesat, ciken loop naik podium dan jersi / t-shirt lewat diterima.Aku melihat dari sudut positif, menjangkakan masalah ni pasti diatasi disebabkan selalunya penambahbaikan akan dibuat. Kene plak isu jersi lewat diterima ni tu dah setel dan kemudiannya MFG selaku yang buat jersi event tu dah tak telibat dengan event ni aku pun register juga.
Seterusnya bila dah register wajib la meracun beberapa kawan untuk masuk skali. dari 5 yang register, 3 je dapat datang dan ada tambahan sorang disebabkan ada spare bib. Yang ada pada hari kejadian adalah Hasni, Rizal, Ashabul dan aku.


Racekit collection dan timing untuk bike check in kerap berubah-rubah. Dan pada hari sabtu diumumkan yang racekit collection hari pada hari tersebut dan bike check ini boleh dibuat hari sabtu atau pagi ahad sebelum event antara 5-6 pagi. Aku ambil racekit hari sabtu dan decide untuk check in pada pagi ahad. Keputusan untuk check in pagi ahad amat tepat di mana awal pagi tu masa di rumah aku sedar tayar belakang pancit. Jadi sempat la perbetulkan apa yang patut sebelum bertolak ke tapak event.



Racekit yang diberikan bagi aku boleh dipuji sebab menarik juga. yang customary adalah bib (dengan timing chip), sticker untuk helmet, sticker utk basikal dan beberapa free gift lain.Baju event pula dari brand 2nd Skin yang berkualiti. Masalah sket utk sticker basikal di mana aku tampal kat rumah, masa sampai kat tapak event sticker tu dah terkoyak. Mungkin disebabkan sticker tu terlalu nipis dan tak sesuai bila aku letakkan atas roof rack. Nasib baik lepas nak check in basikal.





Event mula sharp jam 7 pagi dan dimulakan dengan lari 2.5km. Lari tu aku xde masalah kerana berjaya lari laju sket dari pace biasa aku. Lagipun distance tak panjang sangat jadi tak la semput nak habiskan laju2 ni. Sebelum masuk transition area ada satu water station untuk pelari. Masa masuk untuk transition juga takde masalah. Aku masuk dan keluar lagi awal dari masa yang aku ambil dari event lain. Plan aku tak nak jadi macam event sebelum ni yang aku masuk di mana aku ambil own sweet time lepak dalam transition area . Elakkan pembaziran masa.



Bila dah boleh mount basikal aku terus pecut, laluan terus naik bukit. Ada rasa macam nak cramp tapi pemakaian calf sleeve aku rasa membantu. Cyberjaya tiada satu kawasan besar yang boleh dibuat trail offroad, oleh itu kebanyakan laluan adalah lalu di jalan raya, masuk offroad, keluar ke jalan raya, masuk kembali ke offroad. Part bukit offroad yang pertama bagi aku walaupun tinggi still rideable tapi agak kecewa tak boleh kayuh habis sampai atas. Masih banyak rider yang berhenti tengah2 laluan untuk menolak. Mereka sepatutnya tolak di sebelah kiri dan yang kayuh sebelah kanan. Susah nak gain momentum semula jika dah terpaksa berhenti bila rider depan menolak.



Laluan basikal kebanyakkan adalah tanah merah, banyak burger-burger keras,drop yang mengujakan dan short bukit pacak yang mengujakan. Selepas 10km laluan offroad bermula la masalah. Di depan aku dah ada rider yang berhenti disebabkan tiada marking jelas. Ketiadaan marshal yang berkawal pun amat menyusahkan. Dalam kelompok seramai 30 rider tu cuba juga nak cari laluan di tepi-tepi semak tapi langsung tiada marking atau kesan tayar basikal. Akhirnya lepas berpusing-pusing semua decide untuk kembali semula ke transition area utk buat 2nd run course. Masa tu ramai gak marshall yang kene marah sebab diorg tak tau jalan. Maaf la teremosi, maklumlah tengah feel kayuh masa tu.


Masuk ke transition area nampak banyak basikal xde lagi. Itu tanda kelompok depan ramai yang belum habis kayuh. Aku masuk macam biasa dan masa nak pakai kasut baru kelompok depan menderu masuk area. Siap kawan tegur, "aik apesal hang kat depan, bila hang potong aku". Aku tak tunggu lama dalam transition area, terus keluar lari. Masa lari rasa lemah betul kaki. Nak angkat punya la susah, kene pulak laluan terus naik bukit, makin ramai yang potong aku umpama angin lalu. Aku layankan aje sebab pace nampak dah sedap masa tu tapi rupanya tak bertahan lama dalam dah km ke 5 masa tu dah mula ankle sakit. Nak angkat dah tak boleh. Masa 2nd water station ada bukit sket naik flyover masa tu energy rasa dah xde. layan power gel sket sambil minum air. Masa tu dah mula mental out, terus terasa azab nak habiskan. Setiap langkah umpama penyeksaan. Laluan menghala ke u turn dan patah balik tu bagi aku amat menyeksakan. Tengok yang lain-lain dah pusing balik buat mental habis. Pace drop dah akhirnya most part lepas tu aku jalan kaki je. Last 500m baru aku betul2 lari nak kejar finishing line. Last corner betis kanan dah tangkap pastu betis kiri plak. Tarik kaki je la 100m sampai habis. Nasib baik orang belakang jauh lagi. Takde la kene potong. Kah kah kah.


Aku tak tengok pun timing kat gantry event tu berapa lama aku buatkan untuk habiskan course ni sebab aku tak puas hati part basikal yang tak dihabiskan. Official result pun tak keluar. Ntah2 aku terus kene DQ. Dari sudut kemampuan diri, aku memang tak berpuas hati. Rasanya ni worst performance sejak mula2 seksa diri dalam dalam duathlon. Punca-punca kelemahan aku dah kenal pasti tapi malas nak tulis nanti dijadikan alasan. Aku boleh katakan yang aku letak beban kelemahan bagi event ni pada diri aku sendiri.Aku kene muhasabah diri balik dan cari part yang perlu diperbaiki dengan segera jika ada register event lain di masa akan datang.

This is the best part bagi sekelumit orang yang membaca ni, part aku nak bebel pasal penganjuran event. Untuk permulaannya aku nak kata, jika ada lagi event dari penganjur ni aku memang tak kan join. Hang bagi free pun aku malas.Sebab utama macam aku tulis kat atas tu (perenggan kedua) adalah masalah sama diulangi lagi skali. Ni tanda penganjur yang sambil lewa sahaja buat event. Bila sesat kat route MTB tu bagi rosak mood dan game semua orang. Aku bukan podium finisher dan sama skali tak kejar podium. Kesian kepada yang masuk event ni dah kejar podium. Habis rosak ranking diorang dan potensi kemenangan mereka hanya kerana pada satu simpang takde orang jaga dan menyebabkan ramai sesat dan ter chicken loop.
Keduanya aku dapat tahu disebabkan this stupid fiasco, penganjur ambil keputusan untuk tak kira timing keseluruhan sebaliknya hanya kira timing last run sahaja. Which is stupid and bullshit decision. Diorg sepatutnya batalkan sahaja semua kemenangan tarik balik duit. Bagi  trophy untuk orang yang complete full course aje. 
Ni membawa pula kepada masalah ketiga. Tiada timing chip sensor pada mana2 tempat di run dan bike course menyukarkan untuk penganjur semak siapa yang betul2 habiskan semua laluan itu sebetulnya. Walaubagaimanapun ketiadaan sensor timing chip ni tak jadi masalah jika takde kes sesat, ciken loop kat route MTB.
Yang terakhir aku rasa adalah bike security. Sebelum aku nak check in basikal punya la susah. Xde bib xleh masuk. Siap diorg amik gambar peserta dengan basikal dan bib lagi. Lepas tu yang garang-garang halau peserta sebab ada yang masih masukkan basikal di luar dari masa yang ditetapkan. Which is ok bagi aku sebenarnya sebab peraturan kita kene ikut. Tapi yang buat aku bengang, kenapa masa dah habis event nak kutip basikal xde orang check? masa tu semua bebas nak kuar masuk. Gambar yang amik awal tu buat menyemakkan memory phone brader yang amik gambar tu je. Takde pun nak check bib sama dengan basikal ke ape ke? Kalau la ada yang terhilang, nak tanggung ke? Sebelum tu punya la strict siap jerit buat countdown halau peserta keluar. Lepas dah habis biarkan macam tu je. Yang jaga tepi transition area tu pun sibuk tengok handphone.

Apa-apa pun amat tak adil jika aku hanya berkata yang buruk sahaja untuk event ni. Jadi aku perlu juga list down positive point dari event ni juga.  Benda yang positif aku bleh bagitau adalah macam fee yang agak murah dan goodies bersama racekit yang berbaloi. Lunch nasi kandar yang disediakan juga a big plus point. Jarang duathlon buat lunch after event sebaliknya hanya buat dinner untuk carbo loading pada malam sebelum event.



Utk kedua-dua run course bagi aku takde masalah. Semua simpang dan laluan ada kon dan juga marshall. Water station pun mencukupi dengan air mineral dan air kosong sejuk disediakan. Finishing line ada disediakan juga air, aiskrim pop dan tembikai. Sesuai sungguh bila habis race tengah-tengah panas macam tu. Medal juga amat besar dan design memang menarik. Warna lanyardn sama dengan warna baju.



Sometimes, it takes only one mistake to ruin an event. Hanya kerana satu simpang yang menyebabkan rider tersesat terus membawa kepada a series of chain events yang mencacatkan keseluruhan race ni. Ramai dah bising dalam fb event dan fb page dan setakat ni masih tiada jawapan dari penganjur.

Aku pula hanya nak tunggu official result, nak tengok aku kene DQ atau tidak. Jika ada yang tertanya2 kenapa aku gunakan perkataan gagal pada tajuk adalah sebab  bagi aku secara peribadi aku gagal buat yang terbaik dalam event ni di samping kegagalan penganjur di bike course.









Lexicon Cyberjaya Duathlon, selamat tinggal. Tiada lagi esok bagimu.



No comments: